Krisis dengan Azwan Ali, Dato' Fazley anggap cuma salah faham

  • Poonam Pandey HOT New Poster Of Nasha

    Poonam Pandey HOT New Poster Of Nasha

    Poonam Pandey HOT New Poster Of Nasha

    The new poster of sex siren Poonam Pandey’s debut film Nasha is out and has already set the temperatures soaring. As expected after the film’s erotic trailer, Poonam Pandey has posed all nude on the movie’s poster. …

  • Miss Universe Singapore 2013 press conference

    Miss Universe Singapore 2013 press conference

    Miss Universe Singapore 2013 press conference

    The 16 finalists for this year's Miss Universe Singapore pageant gathered at a press conference held at Shangri-La Hotel to speak to the media for the first time. …

  • Jiah Khan Suicide Case Mom Rabiya's Uncut INTERVIEW

    Jiah Khan Suicide Case Mom Rabiya's Uncut INTERVIEW

    Jiah Khan Suicide Case Mom Rabiya's Uncut INTERVIEW

    Jiah Khan's mom Rabiya Khan's special press conference where she reveals the true story behind how Sooraj treated Jiah. Watch this uncut exclusive interview here. …

23 Sep – Krisis yang timbul diantara Juara Masterchef Selebriti Malaysia, Dato' Fazley Yaacob dengan pengacara sensasi, Azwan Ali berakhir dengan damai apabila kedua-dua mereka sudah berbaik kembali.

Dipetik daripada sebuah portal hiburan tempatan, Dato' Fazley berkata, krisis ini berpunca daripada salah faham, jadi dia telah memohon maaf kepada Azwan Ali.

"Rasanya mungkin ada salah faham di antara kami tetapi saya sendiri kurang pasti apa isunya. Namun, apa pun isunya saya terlebih dahulu sudah bertanyakan sendiri serta meminta maaf kepada Azwan secara peribadi, jika saya ada membuat hatinya terluka," katanya.

Fazley yang sudah mengenali Azwan sudah lebih 10 tahun berkata, hubungannya dengan Azwan kini sangat baik dan tak ubah seperti hubungan adik beradik.

Sebelum ini, Azwan Ali menyuarakan rasa kecil hatinya dengan sikap Fazley ketika mereka sama-sama bertanding di dalam Masterchef Selebriti Malaysia.

Namun Azwan tidak mahu memanjangkan krisis tersebut setelah kagum dengan sikap Fazley yang sangat merendah diri serta menghormati dirinya.

"Rasa baran saya ini lama-lama terubat selepas melihat sikap dia (Fazley) yang bersungguh-sungguh untuk berbaik dnegan saya dan cuba menghormati saya sehingga tahap yang tertinggi.

"Itulah kelebihan Fazley berbanding artis-artis lain terutama artis yang pernah mempunyai isu pergaduhan dengan saya,"katanya.

Most Popular Stories