29 Sep – Sebelum ini dikatakan mempunyai hubungan dengan Leuniey Natasha, Apek atau nama sebenar Khairul Fahmi Che Mat menafikan yang mereka berdua bercinta. Hanya sekadar kawan biasa.Mereka turut diperkenalkan sebagai model bagi satu iklan komersial.
Apek memberitahu, setelah menerima tawaran untuk menjayakan iklan komersial tersebut, dia tidak tahu ada model lain lain yan turut terlibat dalam komersial ini.
"Apabila saya tahu dia (Leuniey) ada, saya profesional dan hanya fokus pada kerja saya saja. Bagi saya, SimplySiti ada hak untuk pilih sesiapa saja dan saya tak boleh halang. Setakat ini tak ada sebarang masalah kerana masa itu saya shooting seorang diri. Memang dia ada pada hari yang sama namun masa kami saja berlainan," ujar Apek mengakui tidak kisah dengan tanggapan orang mengenai hubungannya dengan Leuniey.
"Saya tak boleh nak tutup mulut orang untuk bercakap. Apa orang nak cakap saya tak kisah kerana kami bersikap profesional. Saya tak fikir sangat benda ini kerana karier saya lebih penting. Saya sudah bersedia dengan apa yang akan jadi, seperti gosip ke apa. Apa yang penting, saya kena fokus permainan dan berharap permainan saya tak terjejas."
Berita yang menguatkan lagi dakwaan peminat bahawa mereka kini dilamun cinta apabila Instagram milik Leuniey baru – baru ini memuat turun gambar mesra mereka dengan dua posing berlainan.
Walaupun Apek telah menafikan kisah percintaan mereka namun gambar tersebut sememangnya memberikan seribu tanda tanya kepada sesiapa pun yang melihatnya.




