Madonna dikecam gelar Presiden AS "Muslim kulit hitam"

27 Sep – Selepas mencetuskan beberapa kontroversi pada konsertnya sebelum ini, bintang pop terkenal, Madonna sekali lagi tampil dengan kontroversi pada konsertnya di Washington DC, apabila meminta penonton-penontonnya untuk memilih Presiden Barack Obama hanya kerana dia seorang "Muslim kulit hitam".

Tindakkan Madonna itu dikecam hebat oleh salah seorang wartawan daripada Washington Post, Alexandra Petri yang menyifatkan tindakkan penyanyi "Give Me All Your Luvin" sebagai bodoh dan mengatakan Obama bukan seorang Muslim seperti yang dikatakan Madonna.

"Apakah anda ingin memilih presiden kerana Madonna berkata itu? Semua itu tindakan bodoh. Sepatutnya kena pilih seseorang pemimpin kerana kerja kerasnya," kata Alexandra.

Ketika konsert berlangsung, bintang pop berusia 54 tahun itu turut menggunakan bahasa kesat ketika bercakap.

"Y'all better vote for f**king Obama, OK? We have a black Muslim in the White House! Now that's some amazing s**t, (Anda semua lebih baik pilih Obama, Ok? Kita ada seorang Muslim kulit hitam di Rumah Putih, dan ia sangat hebat," kata Madonna ketika berada di pentas.

Selepas dikecam, Madonna telah tampil mengeluarkan satu kenyataan bagi menjelaskan tindakkannya itu.

"Saya tahu Obama bukan Muslim, dan saya juga tahu ramai rakyat yang menyangka Obama seorang Muslim. Apa yang saya ingin maksudkan adalah dia seorang yang baik, tidak kiralah agama apa yang dianutinya. Saya tidak peduli dengan apa agama Obama ataupun sesiapa sahaja di Amerika ini," kata Madonna dalam satu kenyataannya.

Most Popular Stories