Beyonce hamil anak kedua?

27 Sep – Baru lapan bulan bergelar ibu kepada seorang anak perempuan yang diberi nama Blue Ivy Carter, penyanyi popular, Beyonce Knowles baru-baru ini dilaporkan sedang hamil anak kedua bersama suaminya Jay-Z.

Seperti yang dilaporkan Showbizspy, penyanyi yang popular dengan lagu "Who Run The World" dilihat disebuah restoran dengan berpakaian ketat sehingga menampakkan perutnya yang membesar.

Walaubagaimanapun, jurucakap kepada penyanyi berusia 31 tahun itu enggan mengulas lanjut mengenai khabar angin itu.

"Saya tidak mahu komen apa-apa mengenai kehidupan peribadinya," katanya.

Terdahulu, Beyonce memberitahu bahawa dia dan suaminya gembira dengan kelahiran Blue Ivy Carter dan turut menyatakan mereka mahu membina sebuah keluarga besar.

"Saya dan suami sangat gembira dapat menjaga sendiri anak kami dan menukar lampinnya. Ia saat paling indah dalam hidup kami," katanya.

Loading...

Most Popular Stories