Kaka Azraff persis Ratu Rock Ella

27 Sep – Penyanyi yang kini mula dikenali ramai, Kaka Azraff tidak mahu dirinya disamakan dengan Ratu Rock tanah air, Ella yang merupakan ibu saudaranya kerana yakin dengan bakatnya sendiri.

Kaka Azraff atau lebih mesra dengan panggilan Kaka berkata, dia bersyukuar kerana impiannya untuk mengikut jejak langkah ibu saudaranya menjadi penyanyi akhirnya tercapai juga selepas muncul dengan single pertamanya "Bawaku Pergi" duet bersama Zizan Razak berjaya mendapat tempat dihati pendengar.

Baru-baru ini Kaka sempat meluangkan masa untuk ditembual secara ekslusif bagi mengetahui perkembangan terbarunya.

Selepas kemunculan single pertama, apa perancangan terbaru Kaka?
Saya baru sahaja tamat rakaman single terbaru saya dimana saya berduet bersama Sleeq, dan dijangka akan diriliskan pada penghujung tahun ini. Single tersebut merupakan lagu yang akan dimuatkan di dalam album Sleeq. Saya sebagai penyanyi jemputan. Selepas itu, saya juga bakal meriliskan lagu solo sendiri yang berentak RnB tidak lama lagi.

Dengan nama yang semakin mendapat tempat di hati pendengar, tidak terfikir mahu membuat album?
Buat masa ini saya masih belum terfikir untuk membuat album penuh sendiri. Saya mempunyai perancangan sendiri. Saya percaya dengan meriliskan single dahulu lebih dekat dengan hati pendengar. Biar mereka dengar dahulu lagu – lagu saya dan kemudian baru saya gabungkan ke dalam sebuah album.

Mungkin orang tertanya – tanya bagaimana Kaka boleh menceburkan diri dalam bidang nyanyian ini? Adakah disebabkan nama Ella?
Ianya sebenarnya secara tidak langsung. Kebetulan sewaktu Zizan mencari duet perempuan untuk lagu itu saya pergi uji bakat, tidak sangka pula dapat. Selepas beberapa lama nama saya bermain di mulut pihak wartawan, baru mereka tahu saya anak saudara kepada Ella. Kalau tidak, saya tidak heboh. Saya tidak mahu mereka melabel saya seperti menumpang populariti dan sebagainya. Biarlah saya naik sendiri daripada menggunakan namanya sebagai sandaran.

Walaupun Kaka menegaskan tidak mahu menumpang populariti Ella, tetapi sedikit sebanyak mungkin ada tempias juga bukan?
Saya memang tidak boleh lari dari kenyataan itu. Lagipun Ella merupakan ibu saudara yang sangat rapat dengan saudara mara. Manakan tidak jika saya menjadikan dia sebagai ikon penyanyi. Saya merasakan ini sebagai inspirasi untuk saya terus maju di dalam bidang nyanyian ini.

Mungki ada beberapa tips yang dikongsi Ella sewaktu Kaka mula menceburkan diri dalam bidang nyanyian ini?
Dia ada memberikan beberapa tips sebelum saya bergelar penyanyi. Dia memberitahu penampilan diri harus dijaga. Selain daripada itu, setiap apa yang dilakukan harus dikongsi bersama semua. Jangan cuba menyorok atau menyembunyikan kebolehan kita. Dia ada menyuruh saya agar tidak kedekut dengan apa yang telah dicapai kelak. Itu antara pesanan yang saya rasa paling bermakna.

Jika kita mengenali dan bertemu sendiri Kaka, karakter yang ada sedikit sebanyak persis gaya Ella, adakah Kaka sendiri setuju?
Saya boleh katakan betul, macam tidak boleh lari pula. Ini kerana saya membesar bersama dia. Sedikit sebanyak memang ada yang tersangkut di dalam diri saya ini. Contohnya rambut dan juga suara yang serak – serak basah. Memang ini orang cakap bakat darah daging kot.

Selepas insiden lagu "Bawaku Pergi" dilarang diputar di corong-corong radio, mungkin selepas ini akan lebih berhati – hati?
Saya memang akan lebih berhati – hati di dalam memilih lagu yang akan dinyanyikan. Perkara sebegini memang tidak boleh dianggap remeh. Memang pada mulanya saya kosong, tetapi dengan bantuan dan juga tunjuk ajar daripada syarikat pengurusan saya. Saya rasa masalah ini tidak akan wujud. Mereka terlebih dahulu akan tapis semua lagu sebelum dikeluarkan. ' Walaubagaimanpun, saya tidak pernah menyesal membawakan lagu "Bawaku Pergi" yang berjaya menaikkan nama saya sehingga ke tahap ini.

Pernah menyesal berkolaborasi dengan Malique selaku pencipta lagu kontroversi itu?
Saya tidak pernah rasa menyesal dan tidak mahu bekerjasama bersama beliau. Malique merupakan idola saya. Tidak mungkin saya akan menolak jika diberi peluang berkolaborasi bersamanya lagi nanti. Apa yang perlu, lebih berhati –hati di dalam penulisan lirik lagu.

Itu sahaja temubual kita untuk hari ini, semoga sukses!
Terima kasih juga buat anda, semoga berjumpa lagi nanti.

Loading...

Most Popular Stories