Kenali lapan siri televisyen pilihan Emmy

  • Emirates ad starring Pele and Cristiano Ronaldo hits the million mark

    Emirates ad starring Pele and Cristiano Ronaldo hits the million mark

    Emirates ad starring Pele and Cristiano Ronaldo hits the million mark

    It was only released to the public three days ago, but already Emirates Airline's brilliant advert starring Pele and Cristiano Ronaldo has attracted over a million views on YouTube. …

  • Earth Hour 2014 in Singapore highlights

    Earth Hour 2014 in Singapore highlights

    Earth Hour 2014 in Singapore highlights

    Singapore was the world hub of Earth Hour 2014, with the cast of "The Amazing Spider-Man 2" taking to its stage to lead the world in switching the lights in the area off. Catch all the highlights from the evening here on Yahoo Singapore. …

  • Emma Stone shares her secret obsession

    Emma Stone shares her secret obsession

    Emma Stone shares her secret obsession

    Hollywood actress Emma Stone tells Yahoo Singapore about one of what she counts as her many secret obsessions. Stone was in Singapore to promote "The Amazing Spider-Man 2" as well as Earth Hour 2014 alongside boyfriend Andrew Garfield and Oscar-winner Jamie Foxx, as well as film director Marc Webb and the show's producers. …

Ya, ramai yang mengkritik Anugerah Emmy tahun ini. Para pemenangnya masih orang yang sama, tidak ada apa yang berubah, yang layak menang tidak beroleh apa-apa, ramai pemenang yang dipertikaikan. Namun begitu, dalam masa yang sama ramai juga mula terfikir, "Memandangkan drama ini sudah memenangi anugerah, patut tak aku tonton siri ini sekarang?" Jika anda terfikirkannya, kami akan membantu anda mengenali semua drama/komedi yang memenangi anugerah ini: HOMELAND
(Anugerah Emmy: Pelakon Wanita Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Skrip Drama Bersiri Terbaik)

Siri drama ngeri "Homeland" ini merupakan adaptasi semula siri Israel yang berjudul "Hatufim" ("Banduan Perang") yang dihasilkan oleh Gideon Raff. Dalam "Homeland", Claire Danes melakonkan watak Carrie Mathison, seorang pegawai operasi CIA yang diletakkan dalam tempoh percubaan dan ditugaskan semula ke Pusat Counter Terrorism CIA di Langley. Selepas menemui Sarjan Marin AS, Nicholas Brody (Damian Lewis) yang telah diselamatkan dari kawasan pengganas bernama Abu Nazir selepas menghilangkan diri pada tahun 2003, Carrie mula mengesyaki bahawa Brody kini berpihak dengan musuh sekalipun CIA mengangkat Brody menjadi wira perang.

Selepas mendapat sambutan hangat dan memenangi pelbagai anugerah, musim kedua "Homeland" bakal ditayangkan di televisyen bermula 30 September 2012.

MODERN FAMILY
(Anugerah: Siri Komedi Terbaik, Pelakon Pembantu Wanita Siri Komedi Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki Siri Komedi Terbaik, Pengarah Komedi Terbaik)

Siri komedi "Modern Family" telah dihasilkan oleh Christopher Lloyd dan Steven pada tahun 2009 dengan menggunakan stail mockumentary. "Modern Family" dipersembahkan sebagai komedi ensemble, di mana setiap watak dianggap penting dan tiada seorang watak utama yang lebih dominan berbanding yang lain.

Ia berkisar tentang tiga keluarga Pritchett yang unik. Jay Pritchett (Ed O'Neill) merupakan seorang lelaki tua yang berkahwin buat kali kedua dengan seorang wanita Latin yang seksi dan jelita, Gloria (Sofia Vergara) dan memperoleh anak tiri yang bernama Manny (Rico Rodriguez). Anak perempuan Jay, Claire (Sophie Bowen) pula mengahwini seorang ejen harta tanah bernama Phil (Ty Burrell) dan memiliki tiga orang anak, Haley (Sarah Hyland) yang popular, Alex (Ariel Winter) yang ulat buku dan Luke (Nolan Gould) yang sangat kebudak-budakan. Sementara itu, anak lelaki Jay pula, Mitchell (Jesse Tyler Ferguson), seorang peguam homoseksual dan teman hidupnya, Cameron (Eric Stonestreet) pula telah mengambil seorang anak angkat dari Vietnam yang mereka namakan Lily (Aubrey Anderson-Emmerson). Musim keempatnya bakal ditayangkan pada 26 September.

BREAKING BAD
(Anugerah: Pelakon Pembantu Lelaki Drama Bersiri Terbaik)

"Breaking Bad" telah dihasilkan dan diterbitkan oleh Vince Gilligan dan berkisar tentang seorang guru kimia di sebuah sekolah menengah di Albuquerque, New Mexico, Walter White (Bryan Cranston) yang menyedari dirinya menghidap kanser paru-paru dan membuat keputusan untuk mengubah hala tuju hidupnya dengan menjadi pengeluar dan penjual metamfetamin dengan bekas pelajarnya, Jesse Pinkman (Aaron Paul) demi menjana lebih banyak wang untuk keluarganya sebelum dia meninggal dunia.

"Breaking Bad" kini sudah memasuki musim kelima.

DOWNTON ABBEY
(Anugerah: Pelakon Pembantu Drama Bersiri Wanita Terbaik)

Siri televisyen "Downton Abbey" cukup terkenal di Amerika dan negara asalnya, Britain dan telah memenangi pelbagai jenis anugerah atas keunikan plot dan lakonan bintangnya. Dihasilkan oleh Julian Fellowes dan Gareth Neame pada tahun 2010, "Downton Abbey" merupakan kisah keluarga aristokrat Crawley – isterinya yang berasal dari Amerika, tiga orang anak perempuannya dan para pekerja mereka yang hidup pada Era Edwardian di sebuah wilayah rekaan di Yorkshire.

Kisah keluarga ini dimulakan ketika berita tenggelamnya Titanic baru saja diwar-warkan dan melalui musim pertamanya. Sekalipun bermula dengan kisah Lord Crawley yang bingung dengan pewarisan hartanya selepas kematian bakal menantunya dalam Titanic, penonton turut dipersembahkan dengan tragedi yang berlaku pada era tersebut, termasuk pandemik influenza Sepanyol dan Perang Dunia I. Musim ketiga "Downton Abbey" bakal ditayangkan pada awal 2013.

BOARDWALK EMPIRE
(Anugerah: Pengarah Drama Bersiri Terbaik)

Diadaptasi secara longgar daripada kisah ahli politik Era Larangan, Enoch L. Johnson, "Boardwalk Empire" merupakan kisah korupsi dan kekacauan yang berlaku pada era tersebut, di mana arak telah diharamkan. Steve Buscemi melakonkan watak Nucky Thompson (sempena ahli politik Enoch Johnson) yang mempergunakan kuasa politik untuk meraih kekayaan melalui penjualan arak haramnya, dan hubungannya dengan nama-nama besar dalam dunia mafia era tersebut.

Bagi mereka yang meminati kisah-kisah gengster seperti Arnold Rothstein., Al Capone, dan Lucky Luciano, atau pernah meminati siri "The Sopranos", "Boardwalk Empire" terbitan Terence Winter ini pasti akan memuaskan hati anda. Musim ketiga siri ini sudah pun memulakan tayangan sejak 16 September lalu.

VEEP
(Anugerah: Pelakon Wanita Siri Komedi Terbaik)

Siri komedia HBO, "Veep" (diambil daripada perkataan VIP) ini masih baru lagi dan telah pun mendapat perhatian anugerah Emmy dan dicalonkan untuk tiga kategori sekalipun hanya Julia Louis-Dreyfus yang memenangi anugerah pencalonannya. Dicipta oleh Armando Iannucci, "Veep" menggunakan gaya cinéma-vérité yang sama dengan satira politiknya "The Thick Of It" di stesen BBC.

"Veep" mengisahkan bekas Senator Selina Meyer yang menyedari bahawa kedudukannya sebagai Timbalan Presiden Amerika Syarikat tidaklah seperti yang disangkakan tetapi memang sama dengan apa yang telah diperkatakan orang sekelilingnya. Musim keduanya bakal ditayangkan pada tahun 2013.

LOUIE
(Anugerah: Skrip Komedi Terbaik)

Pelawak Louise C.K. telah menghasilkan sendiri siri komedinya di stesen FX dan diberi judul "Louie". Dalam "Louie", Louis C.L. melakonkan watak fiksyen dirinya sendiri – seorang pelawak yang baru sahaja bercerai dan terpaksa membesarkan dua orang anak perempuan di Kota New York. Setiap kisahnya saling tidak berkait akan diakhiri dengan komedi stand-up.

Selepas kejayaan musim pertama pada tahun 2010, "Louie" telah diperbaharui untuk musim kedua dan ketiga. Kini "Louie" memasuki musim keempat yang bakal ditayangkan pada tahun 2013.

AMERICAN HORROR STORY
(Pelakon Pembantu Wanita Siri Mini Terbaik)

Aneh sekali, kerana drama bersiri seram ini dihasilkan oleh Ryan Murphy dan Brad Falchuk – gabungan sama yang telah menghasilkan "Glee" dan "Nip/Tuck". Murhy dan Falchuk membuat keputusan untuk menghasilkan sebuah drama bersiri tentang entiti misteri kerana mahu melakukan sesuatu yang lebih gelap dan lebih mencabar.

Siri ini mula ditayangkan pada Oktober 2011 dan musim keduanya bakal menemui penonton pada bulan Oktober 2012. Dalam musim pertamanya, "AHS" berkisar tentang keluarga Dr. Ben Harmon (Dylan McDermott) yang baru sahaja berpindah ke Boston dari Los Angeles selepas isterinya, Vivien (Connie Britton) mengalami keguguran dan Ben sendiri mahu lari dari kisah silamnya selepas mencurangi Vivien dan memulakan semuanya kembali bersama isteri dan anak perempuannya. Namun begitu, mereka tidak tahu bahawa rumah agam yang baru mereka beli itu merupakan sebuah rumah berhantu yang mempunyai begitu banyak sejarah pahit dan berpenunggu, selain jiran mereka (Jessica Lange) yang turut memiliki rahsia yang menakutkan.

Namun begitu, musim kedua siri ini bakal beralih ke lokasi baru – sebuah hospital gila dan Murphy baru-baru ini mengumumkan bahawa selain pelakon asal, Jessica Lange, watak-watak lain adalah watak baru dan dilakonkan para pelakon baru. Musim kedua bakal ditayangkan dengan tajuk, "American Horror Story: Asylum".

Loading...

Most Popular Stories