Mesin Hasrat Raksasa dalam pembunuhan beramai-ramai di Mesir (Part 1) - Ismail Hashim Yahaya

  • How to pour the perfect cup of beer

    How to pour the perfect cup of beer

    How to pour the perfect cup of beer

    Pouring a perfect cup of beer that doesn’t overflow with foam is not easy if you’re not an expert. Master Brewer of Archipelago, Robert Beck, shows us how its done, with two different results — less foam, or more foam. …

  • Aide and SEA Games football squad pay tribute to Sabah quake victims

    Aide and SEA Games football squad pay tribute to Sabah quake victims

    Aide and SEA Games football squad pay tribute to Sabah quake victims

    Aide and SEA Games football squad pay tribute to Sabah quake victims at Tankong Katong Primary School. The Sabah quake tragedy hits home for Aide because he knew some of the victims personally. Footballer Sahil Suhaimi was also a former TKPS student. …

  • Experience Tropical North Queensland in one minute

    Experience Tropical North Queensland in one minute

    Experience Tropical North Queensland in one minute

    Experience Tropical North Queensland in one minute. From exploring the Great Barrier Reef to a trip of a lifetime on the hot air balloon. Video by Ahmad JIhadi. …

Keindahan hasrat di dalam diri manusia umpama sebuah perhiasan yang indah ketika sedikit demi sedikit tenaga nafsunya mengalir ke nadi dan saluan-saluran darah menuju ke hati supaya segala rangsangannya dipenuhi.

Akan tetapi ketika hasrat yang memenuhi itu menjelma menjadi seekor raksasa menggerunkan yang menguasai diri manusia sepenuhnya dan mengendalikan setiap tindak tanduknya, ia akan menelan apa saja: laut, gunung, tanah, hutan, bangunan, rumah bahkan manusia dan kerajaan sekalipun, maka negara akan menjadi padang jarak padang terkukur.

Hasrat dapat menjelma menjadi sebuah kurita raksasa yang dengan sesungutnya dapat menghisap apa saja yang diinginkannya.

Hasrat juga dapat menjadi sebuah mesin penyedut hampagas raksasa yang menyedut apa saja termasuk manusia dan negara sekalipun melalui salurannya yang terbuka.

Akhirnya hasrat dapat menjelma menjadi sebuah Mesin Hasrat Raksasa yang menghasilkan dan menelan apa saja; sebuah mesin hasrat raksasa yang bukan sahaja menelan apa saja tetapi menelan dalam jumlahnya yang berlipat kali ganda.

Setelah mendapat sebuah objek pemenuhan kuasa hasrat (rakyat misalnya), ia terus melangkah dengan menelan jumlah angka pergandaaan: empat kali ganda, enam kali ganda, lapan kali ganda iaitu pergandaan hasrat yang dikenali sebagai mesin penggandaan hasrat.

Ia menggandakan penelanan kemanusiaan, kejujuran, dialog, keamanan, agama, masjid, tempat ibadat atau Tuhan sekali pun.

Apa yang dimuntahkan mesin ialah kekejaman, kekerasan, kezaliman, keganasan, pembunuhan, memancutkan darah dan melahirkan hasrat kebinatangan.

Ini gambaran yang dapat diperikan kepada apa yang berlaku di Mesir sekarang ini sama ada di Medan/Dataran Rabaah Adawiyah, Dataran Nahdah dan Ramses.

Gambaran kekejaman ini dapat dilihat kepada pembunuhan beramai-ramai yang tidak berperikemanusiaan ditembak secara sembrono pada hari Jumaat, hari kemuliaan umat Islam ke atas penunjuk perasaan yang tidak bersenjata. Ia diselang seli dengan penembak curi dari bangunan dan helikopter.

Penunjuk perasaan tidak bersenjata ditembak secara tidak berperikemanusaan di Ismailia, Mesir.

Lebih kejam lagi saudaranya Jeneral Fatteh al-Sisi, Khalid Lutfi al-Sisi, 46, seorang jurutera meninggal dunia ditembak tentera dan pasukan keselamatan di Dataran Adawiya pada Rabu lepas (sila rujuk www.middleeastmonitor.com).

Kes seorang ayah, pegawai tentera membunuh anak sendiri semasa demonstrasi harus memperlihatkan kekejaman yang berterusan.

Kematian anak perempuan seorang tokoh kanan Ikhwan Dr Mohamed el-Beltagi, berusia17 tahun bernama Asmaa, kematian seorang budak berusia 10 tahun dan paling sedih kematian cucu pengasas Ikhwan Muslimin (IM), Hasan al-Banna, Dr Khalid al-Banna di tangan pihak tentera di Dataran Ramses.

Sehingga rencana ini ditulis laporan di Twitter menyebut pihak tentera telah mengepung dan menyemburkan gas pemedih mata di Masjid Al Fateh di Dataran Ramsis di mana terdapat lebih kurang 400 orang yang berada di dalamnya.

Jika diteliti dalam demontrasi ini penunjuk perasaan tiada memiliki senjata dan peluru. Apa yang mereka ada hanyalah segenggam tangan dan kutipan batu yang tersedia di jalan untuk dilontarkan.

Ramai dalam kalangan mereka yang meniarap mengelakkan semburan peluru bertalu-talu dan mendongak kepala melihat rakan mereka yang mati syahid.

Sehubungan ini saya ingin menarik perhatian kepada penggunaan istilah “mesin” yang digunakan secara semiotika dalam rencana ini.

Istilah mesin berasal dari bahasa Latin machine atau bahasa Yunani mechane yang bererti “cara tertentu dalam mencapai tujuan”. Dalam pengertian khusus ini, istilah “mesin” digunakan untuk menjelaskan rangkaian instrumen atau alat yang dapat mentransmisikan tenaga atau daya dan gerakan dengan cara tertentu untuk menghasilkan kesan tertentu.

Akan tetapi istilah “mesin” juga digunakan untuk menjelaskan kumpulan orang-orang yang bertindak bersama dilengkapi dengan agen-agen yang digunakan.

Sebuah microchip merupakan komponen dari sebuah mesin komputer, yang berfungsi sebagai organ otak yang mengatur organ lain sebagaimana sesuatu polisi atau dasar merupakan komponen daripada sebuah jentera keamanan yang berfungsi sebagai penjaga dan penjamin keamanan.

Dalam pengertian yang luas inilah sebuah negara yang dapat dipandang sebagai sebuah Mesin Besar yang terdiri dari sub-mesin dan komponen-komponennya yang bertindak sebagai agen-agen dalam mencapai tujuannya. Kekadang ia juga dikenali sebagai jentera kerajaan atau government machinery.

Oleh itu terdapatlah mesin fikiran, mesin indoktrinasi dan mesin penyeragaman; maka wujudlah hasrat, mesin kegilaan, mesin kepengunaan; mesin perang, mesin keganasan, mesin rasuah, mesin nepotisme; mesin ekonomi, mesin politik, mesin budaya; ada mesin demokrasi atau mesin feudal.

Maka inilah tafsiran kepada pengistilahan yang digunakan junta tentera bersama-sama dengan sekutu politik liberal dan sekular yang bersekongkol dengan al-Sisi dalam membantai rakyat Mesir yang pro-Morsi, IM, Islam dan hak asasi. - 18 Ogos, 2013.

*Penulis adalah Timbalan Dekan Fakulti Media dan Komunikasi, Universiti Selangor (Unisel), Kampus Shah Alam. 

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Loading...

Latest News

Makanation