Zain Saidin & Rozita Che Wan nikah 11 Disember ini

25 Nov – Pasangan romantis dan popular Zain Saidin dan Rozita Che Wan menamatkan teka teki tarikh perkahwinan mereka apabila mengumumkan 11 Disember ini sebagai hari disatukan sebagai suami isteri.

Zain,29, dan Rozita,40, memilih Gazebo Setia City Convention Centre, Shah Alam sebagai lokasi hari terindah pernikahan mereka yang mana akan dilakukan selepas solat maghrib sekitar jam 7.30 malam.

Sebelum diijabkabulkan, majlis berinai akan dibuat pada 10 Disember di Ndah Mahligai, Shah Alam pada 8 malam dan ia akan disiarkan di saluran Astro Ria yang menjadi penyiar rasmi untuk majlis akad nikah dan persandingan.

Majlis resepsi kedua-dua pasangan ini akan diadakan di Grand Ballroom, Setia City Convention Centre pada 13 Disember.

Terdahulu, pasangan merpati dua sejoli ini telah mengadakan majlis merisik di Carcosa Sri Negara pada 29 September lalu yang dihadiri 60 orang terdekat seperti keluarga dan kenalan rapat.

Loading...

Most Popular Stories